28 September 2016

Tema Umum Kertas 3 Sejarah SPM 2016


Pagi tadi Tema Umum Kertas 3 Sejarah SPM 2016 dahpun keluar. Tema umum ini boleh diperolehi melalui Laman Web Lembaga Peperiksaan Malaysia.

Wah!!  tema umum pada tahun ini nampaknya sekali lagi diambil dari Bab 9 Tingkatan 5: Malaysia dan Kerjasama Masyarakat Antarabangsa.

Tema umum ini pernah keluar dalam peperiksaan SPM 2013. Cuma pada tahun 2013 – teman umumnya ialah “Sejak mencapai kemerdekaan Malaysia telah menyertai  dan bergerak aktif dalam pertubuhan serantau”

Manakala tema umum SPM 2016 adalah seperti berikut:


Tema Umum: Malaysia dan Kerjasama Masyarakat Antarabangsa

Dasar luar negara tidak statik. Secara asasnya, pembentukannya ialah proses yang dinamik. Oleh itu dasar luar negara kita berkembang dengan mengambil kira perubahan kepimpinan serta keadaan politik dan ekonomi global yang sentiasa berubah.

- sumber: www.kln.gov.my/web/guest


Ermm ..  pelajar-pelajar dahpun boleh mula mencari bahan / sumber berkaitan dengan tema di atas ini. Cari dan kumpul sebanyak mungkin. Apa yang penting, semua bahan itu perlu dikumpul, ditunjuk dan dibincang dengan guru sejarah. Susun biar agak sistematik agar senang untuk pelajar memahami seterusnya memilih maklumat yang berkaitan dengan soalan tugasan spesifik nanti.

Okey … selamat mencari bahan dari pelbagai sumber .. Cikgu selaku JU pun dah mula dipanggil esok pagi untuk berbengkel berkenaan kertas 3 ini … 






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Search